January 02, 2014

Orang tak tahu, tapi Allah tahu.

Bismillahirahmanirrahim.

Nak tanya ni.. boleh?

Bila orang tuduh kau buat benda yang kau tak buat, kau rasa apa?

Rasa macam nak hempuk kepala dia guna iron board dan lain lain perkara yang sama ekstrem dengannya, kan?

Entahlah, bagi aku rasa macam tak perlu je nak menyeloroh terus tuduh bukan bukan. Cakap bukan bukan. Benda yang kau tak tau betul entah tidak, lepastu kau cakap as if kau tau everything like 100% tahu semua benda termasuk lah niat aku. Post ni sebenanrya bukan nak cerita pasal orang sangatlah kan, cuma nak cerita apa yang aku rasa dan apa yang aku lalui baru baru ni.

Aku tak faham bila orang cakap niat aku macam itu lah, macam ini lah, macam macam lah sedangkan niat tu dari hati aku. Bukan hati dia, atau orang lain. Aku yang rasa, aku yang niat. Tapi dia bukan main lagi ha duk cakap itu ini, tujuan aku lah segala mak nenek dia. Amboi amboi amboi, awak boleh baca hati saya ke? Tidak kan? Tolong ye, jangan tuduh sembarangan. Sakit hati gegirl.

So, back to the point. Nak mula bercerita.

Bulan lepas, aku kenal dengan beberapa orang kakak-kakak yang sangatlah baik. Dulu dorang baik dengan si Aminah (bukan nama sebenar). Lepas beberapa minggu, perkara tak diingini telah berlaku. Jadi, dorang dah tak rapat and sekarang aku pula yang rapat dengan kakak-kakak ni sejak peristiwa tu terjadi. Entahlah, kata salah sorang kakak ni mungkin Aminah cemburu sampai tweet macam ni;

"Rapat sebab boleh beri kesenangan dekat kau." (Lebih kurang lah bunyinya)

Ye, memang kakak kakak tu baik sangat. Serius. Baik yang teramat sampai aku sendiri dah mula timbul rasa bersalah pada dorang. Sebab diorang terlalu baik untuk aku. Aku sendiri dah rasa bersalah, tambah lagi bila kau tweet macam tu bunyinya. Ya Allah, tuhan je yang tahu apa aku rasa masa tu. Risau kakak-kakak tu fikir aku macamtu walhal aku sedikit pun tak amik kesempatan. Tak ada niat sedemikian pun. Rasa macam nak maki je kau masa tu. Syukur Alhamdulillah ada orang orang tertentu minta berhenti layan kau dan syukur Alhamdulillah Allah jadikan aku seorang yang penyabar (boleh tahan la). Kalau tak, bertambah tambah dosa aku menyumpah seranah kau dekat Twitter. Satu je aku cakap.. jangan sesekali tuduh orang benda yang dia tak buat. Mungkin benda tu tak ada kesan pada kau. Tapi orang yang kau tuduh ni yang kena. Aku lah tu. Tolong lah. Kau pun manusia kan? Ada otak, ada akal. Fikirlah.

Aminah,

kau ni baik orangnya. Periang. Orang suka kawan dengan kau. Suka bergurau. Tapi ada masa, gurau kau terlalu kasar. Tabiat kau, kau ni selalu merajuk bila orang bergurau biasa. Walhal, gurauan kau jauh lebih kasar dari gurauan orang lain. Kau bergurau kasar, pada mula aku diamkan. Lama-kelamaan, hilang sabar terus aku tak layan. Aminah, gurauan kau tu terlalu kasar sampai buat orang menyampah dengan kau. Kata kau, orang yang kenal kau saja yang kenal perangai kau macam mana. Ye, dorang kenal dan faham kau. Tapi atas sebab nak jaga hati kau, dorang diamkan dan layan perangai kau. Bagus, memang bagus. Penyabar sungguh mereka. Aku minta maaf, aku ni memang suka jujur terus. Tak suka pendam. Jadi, aku luahkan apa yang aku dan orang lain yang rapat dengan aku, rasa pasal kau. Minta maaf juga andai kata kau baca post aku ni, aku berlebih-lebihan. Aku minta maaf.

Aminah,

kau sepatutnya tahu batas antara kau dan orang yang lebih tua. Hal orang tua, biar mereka selesaikan sendiri. Kita yang tak ada kena mengena, ada baiknya lah kita doakan mereka dapat selesaikan masalah dengan baik. Tak payahlah kau berkasar dengan yang A sebab kau menyebelahi si B. Sedangkan kau hanya menghulurkan telinga pada sebelah B sahaja. Kan tak adil tu. Kau dengar cerita sebelah pihak, tapi kau berkelakuan seperti kau tahu segalanya dan tanpa ragu-ragu kau terus menyerang A dengan cara kurang ajar. Sebagai kawan yang kau benci, aku harap sangat kau dapat minta maaf secara ikhlas pada A. Ingat, tak baik tuduh. Ada sebabnya kenapa mereka berbuat sedemikian. Tanya, minta penjelasan. Bukan serang. Mintalah maaf dan mengaku sajalah silap kau sebab terus menyerang. Aku menyarankan saja, terpulang mahu buat atau tidak. Biar lambat, asalkan kau ikhlas minta maaf dan takkan buat benda sama lagi.

Aminah,

tentang apa yang kau tweet tu (tuduhan terhadap aku yang tak bersalah ni), tak apalah. Kalau itu yang kau rasa niat aku, ikut kau lah. Tapi jujur, aku tak ada niat untuk mempergunakan mereka atas keselesaan diri sendiri. Dari segi harta dan wang ringgit, tidak pernah aku minta pada dorang dan aku pun tak minta untuk dijaga, dibelai dan disayangi oleh mereka. Semuanya atas mereka sendiri. Aku tak minta semua. Alhamdulillah, aku bersyukur tuhan temukan aku dengan orang sebaik mereka dan aku juga bersyukur tuhan temukan aku dengan orang se-brutal kau. Mungkin tuhan temukan kau dan aku sebagai ujian aku. Bukan ujian untuk aku saja, tapi untuk kau juga. Aku pun manusia dan aku mengaku, aku pun ada silap pada kau. Aku kutuk belakang kau, sebab aku tak tahan perangai kau yang kuat merajuk, gurau secara melampau dan kurang ajar. Ye, aku lagi muda dari kau tapi aku juga ada perasaan, hormat tu masih perlu.

Aminah,

atas segala salah silap aku dari mula aku kenal kau, sampai lah sekarang, waktu ini, detik ini, aku minta maaf. Aku maafkan kau, untuk segalanya. Walaupun sekarang kau cuma sisa-sisa kenangan lepas. Anggap saja lah kita tak pernah berjumpa dan andai kata kita berjumpa lagi (memang akan jumpa pun), anggaplah aku sebagai teman baru. Semoga kau berubah menjadi lebih baik bila kita berkenalan sebagai teman baru nanti. Aku pun tidak sempurna, tapi perubahan ke arah yang baik mampu mengubah segalanya. Percayalah. Lagi sekali, aku minta maaf.

"Orang yang meminta maaf itu kuat, tetapi orang yang memaafkan itu adalah lebih kuat"


P/s: Maaf sebab gantikan nama kau dengan nama klasik yang teramat. Jangan risau, aku masih jaga nama kau, M.

Terima kasih.

ArisaKhalid