February 09, 2015

Sekian Lama Terpisah.

Been away for so long so I guess it's a comeback? Cewah hahaha.

So... kerja dekat 7E depan rumah ni, but after a month stop sebab tak tahan dengan boss yang terlalu percayakan sistem yang betul sejak azali tu.

Boss: Ko ada shot RM50 ni masa cashdrop.
Aku : Oh yeke?

*dengar dia bebel*

Aku : Erm, saya rasa takde pun saya termiss letak RM50 ke apa.. system ni betul sangat ke?
Boss: Eh betul, sistem ni selalu betul dari dulu lagi.

Baiklah.

Aku pun serahkan padanya surat chenta yang dinanti nantikan. (Tapi melalui orang sebab aku takleh tolerate dengan orang yang jenis muka kesian ni, nanti kalah hahahaha). Kemudian mereputlah aku di rumah bersama katil. Tapi katil ni memang betul mereput dah pun. Tapi takpe, katil ni jugak yang paling redho menampung keberatan aku ni.  Berat mana tu kau toksah tanya lah, tapi berat la yang pasti sebab ex aku pun kata aku berat kan. Padahal waktu tu aku rasa aku dah seringan oksigen mwhaahahah tipu je. Memang berat tapi tulah kalau jujur sangat cakap pasal berat ni rasanya toksah cakap pun orang dah tau memang tajuk ni mengundang padah yang tak diundang oleh pengundang jual udang.

So, yeah... next week!!!! Hehehe excited nak pergi jenjalan dekat Melaka. Dapat gaji ciput ni nak jugak merasa kan. Jadi, aku decide nak pergi jenjalan dengan minah kepo sekor ni kat Melaka. Alang alang dia kat Melaka, ajak sekali. Kang macam cacat je jalan sorang sorang beli barang. Naik beca pun sorang sorang... berdua la sebenarnya kang siapa pulak nak kayuh beskal tu. Ni dah ada member teman, apa ada hal kan? Hehehe.

Sebenarnya nak cerita benda lain tapi lupa, tu tiba tiba skip kemain jauh sampai Melaka hahaha.
Maap maap!

Nak cerita.. dua tiga hari ni mimpi pelik pelik je. Tak pelik pun tapi pelik and seram juga la bagi aku. Masa hari first, mimpi accident motor masuk longkang, tapi aku tak cedera la. The next day, mimpi kena balut dengan plastik hitam tu. Like.. balut bebetul balut macam kena balut guna kain kafan tu.

Malam tadi tiba tiba mimpi arwah Mama. Sayu betul malam tadi, rasa macam nak nangis. Mimpi arwah duduk dekat salah satu rumah dekat area rumah aku ni, dia senyap je. Aku macam nak gerak pergi mana entah, tapi aku pusing balik aku peluk dia kuat kuat lepastu aku nangis. Aku cakap kat dia yang aku nak duduk dengan dia. Tapi dia diam je. Sedih. Rindu sangat. Happy mimpi dia. Aku kira kerap juga mimpi dia. Mungkin banyak buat salah kot dekat dia. Ampun Ma. Tapi semalam, memang aku teruja happy gila dapat peluk dia walaupun dalam mimpi. Mungkin orang orang yang tak pernah rasa kehilangan orang tersayang akan fikir aku ni over mintak simpati kan. Ni orang orang yang pernah rasa kehilangan je tahu macamana rasa dia bila dapat mimpi pasal arwah. Alhamdulillah aku dapat mimpi jumpa dia walaupun kejap. Rasa macam sekejap tadi je dia tak ada, tapi hakikatnya dah masuk tahun kelima arwah pergi. Rindu sangat.

Jadi, mimpi hari pertama dan kedua tu buat risau sebenarnya. Aku pergi Melaka hari Jumaat ni dah lah naik bas. Aduhai, risau. Tapi insyaAllah lah tak ada apa apa. Kalau dah ajal pun apa boleh buat, waktu tu Dia nak tarik, waktu tu lah aku pergi walau elak macamana sekali pun, Ye tak?

Itu je sebenarnya nak cerita, sebab rasa pelik kan.. tu cerita. Kalau tak pelik mungkin aku tak datang sini balik. Ni pun sebab level pereputan semakin tinggi hahahaha.

Okaylah, ciao dulu alright. Have a great day ya guys!
Salam :)

January 12, 2014

Ayah.

Assalamualaikum.

Belum type lagi dah rasa nak nangis ni.
Baiklah, bismillahirrahmanirrahim.

Ayah,
aku rindukan kau, walau setiap hari kau masih dalam pandangan.

Kenapa?

Kadang kadang aku rasa hubungan kita macam renggang sangat. Ibarat satu tembok warna putih, makin lama makin kotor. Setahun sekali baru tembok tu dicat warna baru dan kemudiannya kotor semula dan kitaran berulang. Macam itulah kita. Bila ada masa luang sama sama, sekejap saja rasa manisnya. Lepastu, masing masing buat hal sendiri.

Rindu macam dulu.
Masa aku kecik kecik dulu.
Masa aku belum berani lawan cakap.
Masa aku masih dengar cakap.

Dulu kita selalu luang masa sama sama kan? Kau basuh kereta, aku ikut. Kau basuh kereta bukak baju, aku ikut bukak baju. Kau testing kayu golf kat padang, aku ikut. Nak jugak main walaupun hayun kayu golf tu tak pernah kena bola. Kau training bola kat padang, aku ikut. Walaupun time tu main bola tendang tonjol (guna ibu jari kaki). Kau cat rumah, aku nak jugak cat. Kau pergi kerja, aku ikut. Itu pun sebab tak ada orang jaga dekat rumah. Padahal umur dah 13 tahun (mengada nak mampus).

Dulu, kita selalu luang masa sama sama. Sekarang lain pula ceritanya.

Lain.
Berbeza.
Ketara.

Salah aku. Salah aku sebab buat kau tak suka aku. Salah aku sebab lawan cakap kau. Salah aku sebab kurang ajar dengan kau. Salah aku sebab sakitkan hati kau dan salah aku sebab terlalu ikutkan perasaan.

Semuanya bermula dari aku sendiri, dan akhirnya aku juga yang menyesali.

Ayah,

Semakin lama aku hidup, semakin meningkat umur aku. Semakin jauh aku berjalan, semakin banyak pengalaman aku dapat. Semakin ramai orang aku jumpa, semakin banyak perkara aku belajar. Baik atau buruk, itulah yang aku kutip dari setiap pengalaman aku. Tanpa aku sedari, perkara tu semua dah buat aku jadi apa yang kau taknak aku jadi. Aku dengan sekelip mata bertukar menjadi seorang yang dari mata kau, jahat orangnya. Kau pernah cakap, aku ni paling jahat dalam keluarga. Masih segar ayat tu dalam kepala aku. Aku masih di sekolah rendah waktu kau ucapkan kata kata yang telah mengubah segalanya itu. Kecik kecik lagi, aku dah kurang ajar. Besar dosa aku pada kau. Ayah, aku minta maaf.

Mungkin kita takkan rapat macam dulu lagi, tapi dalam kepala aku..

Kau masih Ayah, dan aku masih Icha.
Icha yang kecil dan disayangi Ayah selalu.
Walaupun sekarang kita tidak lagi begitu.

Terlalu banyak untuk aku luahkan, tetapi sungguh aku tidak tertahan.

Ayah, maafkan aku.
Kau akan sentiasa aku sayang, sepertimana kau curahkan kasih sayang pada aku suatu masa dulu.

Maafkan aku untuk segalanya, Ayah.


Anakmu,
      ArisaKhalid.

January 03, 2014

Sementara.

Perangai lama dah datang balik, tak sukanya macamni.

Emo tiba tiba.
Rasa sedih tiba tiba.

Sedih sebab fikir benda negatif. Fikir pasal benda yang sebenarnya tak wujud, tapi bila fikir lelebih pasal benda tu rasa macam betul wujud lah pula. Tapi kadang kadang kita fikir benda tu tak ada apa pun, tapi bila fikir jauh jauh dalam dalam terus terus sampai la jumpa jalan mati, memang benda tu betul.

Kalau macam dalam situasi aku sekarang ni, aku tiba tiba rasa orang benci aku pula sebab aku macam over sangat. Time depan dorang, aku rasa aku baik je aku cakap. Tapi bila dah duduk sorang sorang, fikir balik masa dengan dorang tu, fikir pasal tingkah laku aku, kata kata dan respon aku pada dorang... rasa macam aku over sangat pulak. Lepastu kepala terus laju je fikir macam macam,

"Mesti dorang benci aku kan, aku ni dah la bla bla bla..".

Bila fikir pasal tu, mula lah sedih semua tu. Rasa macam dorang menyampah dekat aku. Ha, yes. Exactly,

Me-nyam-pah.

Tahu kan bila orang menyampah macamana?

Itulah yang aku tengah lalui sekarang ni. Ada tak reply chat, ada jugak yang tak layan tweets and ada yang buat aku ni macam tak wujud. Sedangkan dia on je chat, twitter dan sebagainya. Tambah pulak dia elok duk layan orang lain, baik aje. Terasa sungguh terpinggir diriku ini. Macam macam fikir bila tak dilayan. Rasa macam ada buat salah je. Fikir bukan main jauh sebab nak cari salah kat mana. Taktaulah sama ada apa yang aku fikirkan tu betul, atau mungkin dorang busy.. kot (sedapkan hati). Nasihat orang suruh jangan sensitif sangat, tapi taktaulah kenapa aku pulak yang tetiba kuat terasa ni.

Well, to be honest.. I hate being ignored.

Tapi hati orang kan, kita tak tau. Diorang takkan cakap diorang menyampah dengan kita. Kena pandai fikir dan cari salah sendiri la. Takkan nak tunggu dorang tegur perangai kita kan. If aku jadi dorang pun.. aku menyampah dengan aku. Sebab kadang kadang kita hyper tiba tiba. Happy sangat sampai gelak kuat semua. Lepastu bila marah sangat, aku kutuk orang lebih lebih dan bagi aku sendiri, itu sangatlah menjengkelkan. Over gila. So, secara jujurnya aku menyampah dengan diri sendiri tapi jangan risau. Aku masih sayang tubuh pinjaman sementara ni. Dah kalau aku sendiri menyampah dengan diri aku, apatah lagi orang yang hadap muka aku time aku berbuat sedemikian kan? Macam semalam, aku ada post kat sini. Ada part nasihat dekat si Aminah tu. Bila baca banyak kali, rasa macam aku ni pula over lebih lebih nak nasihat orang. Tak layak pun nak nasihat sebenarnya.

Takut. Takut orang menyampah dengan aku. Cukuplah aku hilang kawan sebab perangai teruk aku dulu. Sungguh, aku tak sanggup nak hilang kawan lagi. Seksa. Mungkin bila aku tulis macamni, ada segelintir orang terasa. Tak apalah, anggap saja ini sebagai luahan harian aku. Maaf dipinta dari hujung rambut hingga hujung kaki.

(Harapnya apa yang aku fikir ni semua hanyalah rekaan semata mata oleh otak aku yang serabut ni, Amin)

(Harapnya apa yang aku fikir ni semua hanyalah rekaan semata mata oleh otak aku yang serabut ni, Amin)

(Harapnya apa yang aku fikir ni semua hanyalah rekaan semata mata oleh otak aku yang serabut ni, Amin)

Rasa macam mimpi. Kadang kadang rasa macam betul benda ni, tapi rasa macam tak. Entahlah. Mungkin aku je kot yang fikir pelik pelik. Mungkin lah.. eh entahlah!

Apa apa pun, aku type ni secara suka hati yang juga bermaksud aku type apa saja yang terlintas dalam otak aku. Sebabtu berterabur. Ada cerita terlintas, aku tulis. Yang tak terlintas, mungkin nanti aku ceritakan. Mood tak menentu dua tiga hari, post ni pun ditaip dalam keadaan terpaksa. Taktau nak pinjam telinga siapa, alhamdulillah laptop aku ni baik hati pinjamkan papan kekuncinya untuk aku taip segala apa yang tidak dapat diluahkan pada ciptaan Allah yang bergelar manusia.

P/s: Aminah call, minta maaf. Katanya baru tahu semua cerita. Rasanya dah sampai masa untuk aku undur satu langkah ke belakang sebab si dia yang lebih layak sudah pandai berfikir. Semoga semuanya baik baik saja.

Lagi sekali, aku harap apa yang aku rasa ni semuanya perkara mengarut yang otak aku reka. Aminnnn.

Terima kasih internet, skrin dan papan kekunci.

ArisaKhalid

January 02, 2014

Orang tak tahu, tapi Allah tahu.

Bismillahirahmanirrahim.

Nak tanya ni.. boleh?

Bila orang tuduh kau buat benda yang kau tak buat, kau rasa apa?

Rasa macam nak hempuk kepala dia guna iron board dan lain lain perkara yang sama ekstrem dengannya, kan?

Entahlah, bagi aku rasa macam tak perlu je nak menyeloroh terus tuduh bukan bukan. Cakap bukan bukan. Benda yang kau tak tau betul entah tidak, lepastu kau cakap as if kau tau everything like 100% tahu semua benda termasuk lah niat aku. Post ni sebenanrya bukan nak cerita pasal orang sangatlah kan, cuma nak cerita apa yang aku rasa dan apa yang aku lalui baru baru ni.

Aku tak faham bila orang cakap niat aku macam itu lah, macam ini lah, macam macam lah sedangkan niat tu dari hati aku. Bukan hati dia, atau orang lain. Aku yang rasa, aku yang niat. Tapi dia bukan main lagi ha duk cakap itu ini, tujuan aku lah segala mak nenek dia. Amboi amboi amboi, awak boleh baca hati saya ke? Tidak kan? Tolong ye, jangan tuduh sembarangan. Sakit hati gegirl.

So, back to the point. Nak mula bercerita.

Bulan lepas, aku kenal dengan beberapa orang kakak-kakak yang sangatlah baik. Dulu dorang baik dengan si Aminah (bukan nama sebenar). Lepas beberapa minggu, perkara tak diingini telah berlaku. Jadi, dorang dah tak rapat and sekarang aku pula yang rapat dengan kakak-kakak ni sejak peristiwa tu terjadi. Entahlah, kata salah sorang kakak ni mungkin Aminah cemburu sampai tweet macam ni;

"Rapat sebab boleh beri kesenangan dekat kau." (Lebih kurang lah bunyinya)

Ye, memang kakak kakak tu baik sangat. Serius. Baik yang teramat sampai aku sendiri dah mula timbul rasa bersalah pada dorang. Sebab diorang terlalu baik untuk aku. Aku sendiri dah rasa bersalah, tambah lagi bila kau tweet macam tu bunyinya. Ya Allah, tuhan je yang tahu apa aku rasa masa tu. Risau kakak-kakak tu fikir aku macamtu walhal aku sedikit pun tak amik kesempatan. Tak ada niat sedemikian pun. Rasa macam nak maki je kau masa tu. Syukur Alhamdulillah ada orang orang tertentu minta berhenti layan kau dan syukur Alhamdulillah Allah jadikan aku seorang yang penyabar (boleh tahan la). Kalau tak, bertambah tambah dosa aku menyumpah seranah kau dekat Twitter. Satu je aku cakap.. jangan sesekali tuduh orang benda yang dia tak buat. Mungkin benda tu tak ada kesan pada kau. Tapi orang yang kau tuduh ni yang kena. Aku lah tu. Tolong lah. Kau pun manusia kan? Ada otak, ada akal. Fikirlah.

Aminah,

kau ni baik orangnya. Periang. Orang suka kawan dengan kau. Suka bergurau. Tapi ada masa, gurau kau terlalu kasar. Tabiat kau, kau ni selalu merajuk bila orang bergurau biasa. Walhal, gurauan kau jauh lebih kasar dari gurauan orang lain. Kau bergurau kasar, pada mula aku diamkan. Lama-kelamaan, hilang sabar terus aku tak layan. Aminah, gurauan kau tu terlalu kasar sampai buat orang menyampah dengan kau. Kata kau, orang yang kenal kau saja yang kenal perangai kau macam mana. Ye, dorang kenal dan faham kau. Tapi atas sebab nak jaga hati kau, dorang diamkan dan layan perangai kau. Bagus, memang bagus. Penyabar sungguh mereka. Aku minta maaf, aku ni memang suka jujur terus. Tak suka pendam. Jadi, aku luahkan apa yang aku dan orang lain yang rapat dengan aku, rasa pasal kau. Minta maaf juga andai kata kau baca post aku ni, aku berlebih-lebihan. Aku minta maaf.

Aminah,

kau sepatutnya tahu batas antara kau dan orang yang lebih tua. Hal orang tua, biar mereka selesaikan sendiri. Kita yang tak ada kena mengena, ada baiknya lah kita doakan mereka dapat selesaikan masalah dengan baik. Tak payahlah kau berkasar dengan yang A sebab kau menyebelahi si B. Sedangkan kau hanya menghulurkan telinga pada sebelah B sahaja. Kan tak adil tu. Kau dengar cerita sebelah pihak, tapi kau berkelakuan seperti kau tahu segalanya dan tanpa ragu-ragu kau terus menyerang A dengan cara kurang ajar. Sebagai kawan yang kau benci, aku harap sangat kau dapat minta maaf secara ikhlas pada A. Ingat, tak baik tuduh. Ada sebabnya kenapa mereka berbuat sedemikian. Tanya, minta penjelasan. Bukan serang. Mintalah maaf dan mengaku sajalah silap kau sebab terus menyerang. Aku menyarankan saja, terpulang mahu buat atau tidak. Biar lambat, asalkan kau ikhlas minta maaf dan takkan buat benda sama lagi.

Aminah,

tentang apa yang kau tweet tu (tuduhan terhadap aku yang tak bersalah ni), tak apalah. Kalau itu yang kau rasa niat aku, ikut kau lah. Tapi jujur, aku tak ada niat untuk mempergunakan mereka atas keselesaan diri sendiri. Dari segi harta dan wang ringgit, tidak pernah aku minta pada dorang dan aku pun tak minta untuk dijaga, dibelai dan disayangi oleh mereka. Semuanya atas mereka sendiri. Aku tak minta semua. Alhamdulillah, aku bersyukur tuhan temukan aku dengan orang sebaik mereka dan aku juga bersyukur tuhan temukan aku dengan orang se-brutal kau. Mungkin tuhan temukan kau dan aku sebagai ujian aku. Bukan ujian untuk aku saja, tapi untuk kau juga. Aku pun manusia dan aku mengaku, aku pun ada silap pada kau. Aku kutuk belakang kau, sebab aku tak tahan perangai kau yang kuat merajuk, gurau secara melampau dan kurang ajar. Ye, aku lagi muda dari kau tapi aku juga ada perasaan, hormat tu masih perlu.

Aminah,

atas segala salah silap aku dari mula aku kenal kau, sampai lah sekarang, waktu ini, detik ini, aku minta maaf. Aku maafkan kau, untuk segalanya. Walaupun sekarang kau cuma sisa-sisa kenangan lepas. Anggap saja lah kita tak pernah berjumpa dan andai kata kita berjumpa lagi (memang akan jumpa pun), anggaplah aku sebagai teman baru. Semoga kau berubah menjadi lebih baik bila kita berkenalan sebagai teman baru nanti. Aku pun tidak sempurna, tapi perubahan ke arah yang baik mampu mengubah segalanya. Percayalah. Lagi sekali, aku minta maaf.

"Orang yang meminta maaf itu kuat, tetapi orang yang memaafkan itu adalah lebih kuat"


P/s: Maaf sebab gantikan nama kau dengan nama klasik yang teramat. Jangan risau, aku masih jaga nama kau, M.

Terima kasih.

ArisaKhalid

December 27, 2013

Holiday.

It was a well-spent holiday.

Tak mampu nak cerita banyak.

Indeed, it's the best holiday ever.

ArisaKhalid