Been away for so long so I guess it's a comeback? Cewah hahaha.
So... kerja dekat 7E depan rumah ni, but after a month stop sebab tak tahan dengan boss yang terlalu percayakan sistem yang betul sejak azali tu.
Boss: Ko ada shot RM50 ni masa cashdrop.
Aku : Oh yeke?
*dengar dia bebel*
Aku : Erm, saya rasa takde pun saya termiss letak RM50 ke apa.. system ni betul sangat ke?
Boss: Eh betul, sistem ni selalu betul dari dulu lagi.
Baiklah.
Aku pun serahkan padanya surat chenta yang dinanti nantikan. (Tapi melalui orang sebab aku takleh tolerate dengan orang yang jenis muka kesian ni, nanti kalah hahahaha). Kemudian mereputlah aku di rumah bersama katil. Tapi katil ni memang betul mereput dah pun. Tapi takpe, katil ni jugak yang paling redho menampung keberatan aku ni. Berat mana tu kau toksah tanya lah, tapi berat la yang pasti sebab ex aku pun kata aku berat kan. Padahal waktu tu aku rasa aku dah seringan oksigen mwhaahahah tipu je. Memang berat tapi tulah kalau jujur sangat cakap pasal berat ni rasanya toksah cakap pun orang dah tau memang tajuk ni mengundang padah yang tak diundang oleh pengundang jual udang.
So, yeah... next week!!!! Hehehe excited nak pergi jenjalan dekat Melaka. Dapat gaji ciput ni nak jugak merasa kan. Jadi, aku decide nak pergi jenjalan dengan minah kepo sekor ni kat Melaka. Alang alang dia kat Melaka, ajak sekali. Kang macam cacat je jalan sorang sorang beli barang. Naik beca pun sorang sorang... berdua la sebenarnya kang siapa pulak nak kayuh beskal tu. Ni dah ada member teman, apa ada hal kan? Hehehe.
Sebenarnya nak cerita benda lain tapi lupa, tu tiba tiba skip kemain jauh sampai Melaka hahaha.
Maap maap!
Nak cerita.. dua tiga hari ni mimpi pelik pelik je. Tak pelik pun tapi pelik and seram juga la bagi aku. Masa hari first, mimpi accident motor masuk longkang, tapi aku tak cedera la. The next day, mimpi kena balut dengan plastik hitam tu. Like.. balut bebetul balut macam kena balut guna kain kafan tu.
Malam tadi tiba tiba mimpi arwah Mama. Sayu betul malam tadi, rasa macam nak nangis. Mimpi arwah duduk dekat salah satu rumah dekat area rumah aku ni, dia senyap je. Aku macam nak gerak pergi mana entah, tapi aku pusing balik aku peluk dia kuat kuat lepastu aku nangis. Aku cakap kat dia yang aku nak duduk dengan dia. Tapi dia diam je. Sedih. Rindu sangat. Happy mimpi dia. Aku kira kerap juga mimpi dia. Mungkin banyak buat salah kot dekat dia. Ampun Ma. Tapi semalam, memang aku teruja happy gila dapat peluk dia walaupun dalam mimpi. Mungkin orang orang yang tak pernah rasa kehilangan orang tersayang akan fikir aku ni over mintak simpati kan. Ni orang orang yang pernah rasa kehilangan je tahu macamana rasa dia bila dapat mimpi pasal arwah. Alhamdulillah aku dapat mimpi jumpa dia walaupun kejap. Rasa macam sekejap tadi je dia tak ada, tapi hakikatnya dah masuk tahun kelima arwah pergi. Rindu sangat.
Jadi, mimpi hari pertama dan kedua tu buat risau sebenarnya. Aku pergi Melaka hari Jumaat ni dah lah naik bas. Aduhai, risau. Tapi insyaAllah lah tak ada apa apa. Kalau dah ajal pun apa boleh buat, waktu tu Dia nak tarik, waktu tu lah aku pergi walau elak macamana sekali pun, Ye tak?
Itu je sebenarnya nak cerita, sebab rasa pelik kan.. tu cerita. Kalau tak pelik mungkin aku tak datang sini balik. Ni pun sebab level pereputan semakin tinggi hahahaha.
Okaylah, ciao dulu alright. Have a great day ya guys!
Salam :)