July 18, 2013

Dia.

Ini cerita aku, Syatbil.

Aku menceritakan tentang Arisa.

      Banyak perkara boleh diungkapkan. Seorang kawan kepada aku. Seorang anak yatim. Seorang kakak yang berhati perut. Seorang yang otaknya geliga. Seorang yang baik perwatakannya. Seorang yang mudah difahami. Seorang yang diboleh dibawa ke meja bulat. Seorang yang pandai menyembunyi perasaannya dari orang sekitarnya. Seorang yang cantik lagi tinggi. Seorang yang amat perihatin kepada sahabatnya dan penyayang orangnya .Seorang yang berwawasan dan kreatif. Meskipun begitu siapa tahu dihatinya? Ya, tiada siapa tahu tatkala bila hatinya remuk kecuali Yang Maha-Esa.

Aku bersyukur yang amat sebab dapat berkenalan dengan dia. Tidak pernah rasa bosan bila bersampingan dengan dia, semua kerana dia memiliki banyak masalah. Aku? Aku tinggalkan dia? Tidak sama sekali. Hahahahaha acap kali aku ketawa pabila masalah dia mendatang. Ya, mungkin agak menjengkelkan perangai aku ni. Hahaha. Tiada siapa dapat mengubah diri aku selain diri aku sendiri, dengan itu aku perlukan pengerak kepada perubahan kepada diri ku. Setelah melihat diri aku sejak berkawan dengan dia, sedikit sebanyak dapat mengubah diri yang malang ini. Mungkin? Hmm harapnya begitulah. Hey. Final Exam make sure dapat at least 1A lah hahahahaha


Ye, kekok sedikit bila lepak bersama dia. Sebab aku bukan seorang yang bersosial. Hahahaha begitulah.
Dan ya, aku taktahu apa lagi nak dikatakan. Tapi yang penting seronok tatkala lepak bersama. Hehehe hahahaha tiada yang lucu sebenarnya. Masalah datang secara berjemaah. Betul kata kawan aku yang berlainan bangsa mahupun budaya;

 "Bukan namanya hidup jika tidak ada masalah mendatang"

Face it with honor. Aduh, aku sudah kekurangan idea tatkala waktu begini. itu saja dapat aku bicara.

Sekian.