July 26, 2013

Luahan.

Cerita aku, luahan aku.

Aku Arisa.
Dah bernafas selama lebih kurang 16 tahun 5 bulan 4 hari dan berapa jam, saat juga detik sila kira sendiri.

Boleh dikatakan aku ni kurang didikan agama. Dari kecil, jarang sekali diajar agama. Sekolah agama aku pergi, tapi tak sampai setahun dah berhenti. Tak tahan dibuli sebab tak reti solat. Kejam kan? Nama je sekolah agama. Sadis. Jadi aku berhenti sekolah agama. Duduk rumah, kadang kadang solat bila makcik aku datang. Dah kata tak reti solat kan, faham faham saja lah. Orang baca surah, mata aku melilau tengok kucing, tengok orang turun naik tangga dan juga tengok semut berjuang cari rezeki. Entahlah, bukan taknak sembahyang. Cuma dulu aku tak faham rakaat tu macamana. Bodoh kan? Nama je Islam. Nak kata Ayah Mama aku tak ajar, boleh jadi juga. Tapi aku tak salahkan dorang. Aku faham, busy kerja pagi petang siang malam cari rezeki. Mana ada masa nak ajar aku. Tapi, aku tak faham entah kenapa aku je yang lembab sikit belajar agama. Kakak abang aku normal je belajar. Mungkin dah masuk anak ketiga, jadi terpinggir sikit kot. Mungkin lah (sebenarnya memang betul terpinggir pun). Tapi aku rileks je. Tak amik hati sangat (terasa gila sebenarnya).

Bila masuk tingkatan satu tu, kalau tak tau solat.. memang seganlah. Waktu tu pula, tingkatan satu sekolah sesi petang. Jadi, memang diwajibkan bagi pelajar Islam untuk menunaikan solat fardhu. Menggigil juga sebenarnya bila tahu ada disediakan waktu solat. Dalam hati tawakal je sebab taktahu solat. Bila nak ruku', bila nak sujud, bila nak bangun, baca apa, berapa rakaat, semua benda aku tak tahu. Bengap gila waktu tu. Dah macam bukan Islam pun ada. Nasib baik, aku ada kawan. Dia cadangkan aku ikut pergerakan dia solat. Tapi mulut baca Al-Fatihah memanjang. Lama lama, rasa malu timbul. Aku belajar solat perlahan lahan. Masa darjah enam, Mama sebenarnya dah simpankan satu nota dalam komputer. Nota tu tunjuk macam mana nak solat. Tapi tak terbagi dekat aku. Sampai aku dah belajar sendiri dan sampai aku sendiri yang jumpa nota tu dalam komputer dia. Masa aku jumpa nota tu, Mama dah tak ada. Aku sempat ajak dia solat sama beberapa hari sebelum dia pergi menghadap Ilahi. Tapi, Mama sibuk masa tu. Aku faham. Jadi, aku tak sempat merasa solat dengan Mama. Sedih, Allah saja yang tahu. Itulah salah satu kerugian besar pernah aku alami (selain daripada kerugian hilang phone yang baru guna tak sampai 2 bulan).

Secara jujurnya walaupun aku dah tahu solat, sama juga macam syaitonirrajim perangai tak reti nak solat penuh. Dulu waktu tak tahu solat, beriya sumpah nak solat penuh kalau dah reti solat. Sekarang? Haram jadah la solat kemana, sumpah kemana. Bila fikir balik, berdosa juga la sebenarnya. Sebab aku dah bersumpah. Tapi tak tak buat. Arisa Arisa, apa nak jadi engkau ni. Astaghfirullahalazim.

Masuk tingkatan tiga.

Aku nekad untuk cuba solat penuh (tak penuh pun sebenarnya, subuh tercicir sebab tak hafal doa qunut). Tahun tu lah aku paling banyak beribadat. Maklumlah, nak PMR. Insaf tetiba. Tapi, aku solat time awal tahun je. Dah masuk bulan ketiga, hampeh. Sampailah nak dekat periksa, baru mula solat balik sampai akhir tahun. Jahat kan? Nampak sangat aku cari tuhan bila dah desperate je. Ya Allah, banyak dosa aku (belum masuk dosa dosa lain lagi, haih).

Tahun ni, aku cuba lagi. Namun, cubaan aku gagal. Ah, syaitan penuh menghasut. Sial (tambah dosa bulan puasa memaki hamun ni, ish). Sampai lah bulan yang mulia ni, bulan Ramadhan. Sebelum masuk bulan Ramadhan, pernah sekali cikgu Iza nasihat:

"Bulan puasa ni, banyak banyakkan lah beribadat. Tak guna puasa tapi tak solat."

Terus, benda tu je yang ada dalam otak aku sejak awal Ramadhan. Bila difikirkan semula, ada betul juga nasihat cikgu tu. Beriya iya puasa, tapi tak beribadat. Allahuakbar, membazir je aku puasa tapi tak sentuh telekung dan tak sujud atas sejadah. Astaghfirullahalazim, apa kau buat ni Arisa?

Kelmarin, aku iftar dengan kawan kawan. Tak terfikir pun tentang solat waktu tu. Fikir makan je. Kebulur sangat. Lepas berbuka, mak kawan aku suruh kawan aku ajak yang lain solat. Barulah aku macam tersedar daripada dibuai mimpi syurga makanan. Jadi, aku solat. Sebelum solat, kawan aku lagi sorang ajak ambil gambar. Mungkin sebab semua memang jarang jumpa. Boleh dikatakan setahun dua tiga kali je. Dah alang alang jumpa, solat sekali, dah alang alang solat, dah pakai telekung, ambillah gambar. Comel. Muka semua suci. Muka calon isteri mithali la katakan (Eh?!). Dah balik rumah, aku baru perasan yang kawan aku ada masukkan gambar dalam Instagram. Gambar kami yang comel tu, aku tunjukkan pada Mummy aku. Dia senyum je. Aku tunjuk sebab itu la pertama kali aku pakai telekung nampak sempurna, lawa, menawan hati semua lah, Telekung aku kat rumah ni macam tak betul sikit, jadi faham faham la kan. Bila pakai, dah macam makcik jual tempe yang kelam kabut main sarung je tudung. Ha itulah rupa aku. Tapi telekung yang aku pakai semalam, sempurna saja. Tak lebih, tak kurang (semoga tuhan merahmati telekung tu, amin).

Nak dijadikan cerita..

Kakak aku terlepas cakap tentang apa yang Mummy cakap dengan dia:

"Boleh pula si Arisa solat dekat rumah kawan, dekat rumah sendiri taknak pulak solat."

Kehadapan ibunda Ana yang dicintai,

Pertama sekali, Mummy kena faham tak semua orang berubah dan kekal dengan perubahan dia. Macam Mummy juga dulu waktu Mummy single, rambut berceloreng. Lepas kahwin dengan Ayah, rambut hitam je. Tapi after 3 tahun? Mummy colourkan balik. Betul tak? Sama juga macam Icha. Icha cuba berubah, tapi Iman ni tak kuat. Belum cukup teguh nak kekal dengan perubahan yang Icha buat sendiri. Mummy, sebagai pengganti Mama sepatutnya cakap macamni:

"Alhamdulillah Icha dah solat, harap harap kekal lah esok dan hari seterusnya. Amin."

Kan sedap bunyi ayat tu? Icha dengar pun, rasanya boleh kot kekalkan. Tu pun kalau Mummy cakap macam tu. Tapi tak. Mummy silap. Mummy cakap satu ayat yang buat Icha marah. Yang buat Icha rasa Mummy ni jahat. Mummy tak jahat, tapi Mummy cakap something yang agak kasar bunyinya. Tak tahulah, mungkin Icha yang sensitif terlebih kot atau mungkin memang ayat tu memang kasar didengar. Cuba kalau Icha cakap macamni dekat Mummy:

"Dulu sebelum kahwin taknak pakai tudung, dah kahwin boleh pulak pakai tudung"

Mummy sedih tak? Marah tak? Sakit hati tak? Itulah yang Icha rasa. Icha minta maaf sebab lepas Icha dengar Kaklong cakap Mummy cakap macamtu dekat dia, Icha maki Mummy. Icha geram sangat. Sebab Icha dah cuba buat, Icha tengah cuba berubah, Icha usaha tapi Mummy cakap satu benda yang dah jatuhkan semangat untuk Icha berubah. Besar sangat silap Mummy bila cakap macamtu. Icha menangis lepas dengar ayat yang Mummy cakap tu. Sebak sangat. Sakit hati sangat. Sedih sangat.

Wahai Ayah dan Mummy,

Maafkanlah Icha. Iyelah, dah lah bodoh, buat apa pun tak menjadi, masuk sukan tak menang, buat biskut tak menjadi, buat kek tak sedap. Sampai Icha sendiri dah rasa buntu tak tahu nak buat apa lagi untuk banggakan Mummy dengan Ayah juga Mama. Kalau Mama masih hidup, rasanya dia bangga ada anak yang mampu buat semua kat atas tu. Bagi dia, asalkan anak dia ada usaha untuk cuba walaupun tak berjaya. Bukan nak puji diri sendiri bagi pihak Mama. Cuma, Icha membayangkan perasaan jika dia masih ada dekat sini. Dekat sisi Icha, sokong Icha walau kalah sekalipun. Itu yang Icha nak rasa. Bukan bila kalah, perli dan mentertawakan Icha. Mungkin Icha pun gelak sekali, tapi dalam hati tuhan jelah yang tahu. Sedih sebenarnya, bila buat biskut dengan niat nak hidang dekat Ayah dengan Mummy. Sebab dua tu lah insan yang paling Icha sayang dalam dunia ni. Tapi Ayah dengan Mummy makan sikit je lepastu tak amik dah. Yang lain, Icha habiskan. Bagi Icha dah okay dah rasa dia, tapi tak ada respon pun yang keluar. Tambah pun tidak, apatah lagi nak respon yang baik daripada Ayah dengan Mummy. Sedih gila. Rasa macam nak telan lagi panadol sampai mampus terus. Penat bila rasa tak dihargai. Selalu sangat dah kena macamni. Sampai Icha pun dah fedup taknak buat apa apa dah. Penat dah cari benda yang Icha boleh buat orang bangga. Kadang kadang bila Icha cakap dengan Ayah ni:

"Goodnight ayah, love you!"

Ayah reply:

"Nite."

Tapi bila kaklong ucap benda yang sama pada Ayah, Ayah reply baik baik je. Sedih. Rasa sangat bezanya. Rasa sangat yang Ayah pilih kasih. Walaupun Ayah belikan Icha barang barang mahal, phone, baju semua tu, tak bermakna apa pun kalau Ayah tak sayang Icha. Benda mahal tu semua tak melambangkan kasih sayang pun. Cukup setakat Icha tahu yang Ayah sayang Icha. Itu je. Tapi tak, terang terang Ayah tak sayang anak Ayah yang macam orang gila bertungkus lumus nak banggakan Ayah dalam bidang lain sebab tak mampu nak banggakan dalam bidang akademik macam Kaklong. Maafkan Icha, sebab menyusahkan Ayah. Memang patut pun Ayah pinggirkan anak Ayah yang tak berapa baik ni. Kenapa dulu Ayah marah Icha, tapi Ayah tak pukul? Kenapa Ayah marah anak Ayah yang lain, Ayah pukul? Orang kata, marah tanda sayang. Tapi ayah marah Icha sikit je. Tak pukul pun. Mungkin sebab kurang marah tanda tak sayang lah kan? Ok, faham dah. Belum cukup sempurna bagi Ayah dengan Mummy, mungkin?

                                                                                                   Jadi, ini saja lah yang mampu aku luahkan.

                                                                                                   Terima kasih, pembaca.

- Arisa Khalid